Friday, 3 July 2015

trauma

Assalamualaikum! sappbruh~
sedar tak sedar dah nak raya iyedok? Lagi beberapa hari lagi. Gembira ada sedih ada :') sedih ramadhan yang mulia ni nak tinggalkan kita,sedih sebab kena ganti puasa lagi...waarghhhhh(╥︣﹏᷅╥) k fine.

Sejak kejadian 'tu' berlaku terus aku trauma. Sejak kejadian 'tu' berlalu , ia muncul semula. Apa? Api! , korang takut api tak? kalau takut yeayy kite geng! Kejadian 'tu' bermula masa aku di zaman innocent , aku ni jenis yang cepat lalai , buat kerja sikit termenung buat kerja sikit terlupa itu ini. Memang tak ingat dah jenis telan semut 2 3 tong agaknya?. So,waktu tu aku nak panaskan kuali..entah macam mana syok beno nyembang dengan adik sampai terlupa kuali tu. Tuptup api marak naik dlm kuali tu,haishh aku mula la kelam kabut , tak tentu arah ropenye,yang adik aku boleh gelak,katanya macam 'fire bander' mende tah yang dalam cite the legend of aang tu.

Dengan rasa takut , lantas aku ambil sejag air lalu cuah kedalam kuali. Perghhh! berasap-asap,abih siling aku jadi kelabu. Memang time tu tak bagitahu bonda la.ahaha mau kena piyat telinga. Mak aku kata kalau dah berapi-api jangan dituangnya air nanti lagi marak tapi time tu mungkin Allah sayangkan aku jadi api tu surut. Memang aku tak pikir apadah selain letak air. Api lawan air , air le menang kan? 

Sejak kejadian tu la aku takut nak bukak api,soo..aku nak bagitahu yang kejadian sebijik ni berlaku lagi..tapi dekat sekolah. Pengetua a.k.a guru sains aku buat eksperimen tentang perubahan kimia. Masa tu semangat gila nak buat,tapi budak cina jela yang nak buat,bukak api semua keja deme lah. Aku cuma tolong memerhati. Masatu kitorang tengah panaskan serbuk Plumbum dalam mangkuk sejat. kecik je. Nak tengok serbuk tu cair. Masa tu group aku jela serbuk yang first cair sebab kitorang punya sikit je serbuknya. 

Then,pengetua a.k.a guru sains aku pun sukat suhu dengan termometer kiranya buat demo le kan. Tengah nak sukat suhu,naik sampai keatas le merah yang ada dalam termometer. Panas la maksudnya. Aku tengah berdiri tepi benda alah tu..nak tengok suhunya. Tiba-tiba benda tu pecah!..kuat gila bunyi letupan tu. Aku taktahu punca dari apa,agaknya panas sangat. Kan dekat bawah termometer ada warna merah kan? apa namanyaa..mercury kut..habis kena tudung membe aku,ada yang kena pipi sikit. Aku kena dekat jari..pedih gila rasanya.

Masa tu hanya Allah s.w.t je tahu betapa takutnya aku,jantung aku berdegup laju,tapak tangan aku basah,tangan aku ketar-ketar. Aku jerit-jerit dalam hati, sebab aku takut mercury tu masuk mulut aku. Dahlah puasa. Pastu cikgu suruh basuh tangan,tiba-tiba aku nangis *tutupmuka* gila! Cuba bayangkan benda tu meletup depan-depan mata kita..kalau aku tak toleh tempat lain,aku dah ada dekat hospital dah. trauma terus tengok api,walaupun sebesar zarah kesannya beso. Dalam hati aku sumpah seranah cikgu sains tu,alat keselamatan pun tak pakai..memang awesome. Tak nak aku jejak makmal sains tu lagi.HMPHHH! Asdfghjkl#$%

No comments:

Post a Comment