Monday, 5 January 2015

hello, 2015.


Assalamualaikum,yo peeps.
Alhamdulillah alhamdulillah! :) Tahun baru tiba lagi. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam aku 15 tahun. hoho. Aku doakan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Nampak gaya tambah lagi seminggu cuti sekolah en? Syokk aihh.. Disebabkan berlaku banjir di negara ini terpaksa tangguhkan hari ke sekolah. Ekceli aku sorang je tak beli apa lagi , adik-adik semua siap takyah nak kata beg sekolah siap pakai duk tayang dekat aku. Panehh betul aku.. , Mana eidokk nye aku tak ikut mak ayah aku pergi Giant kampar ritu T__T jahat sungguh mereka-mereka.

Aku tengah tunggu keputusan permohonan ke Kolej Vokasional , takut jugak kalau tak di terima. Yalahh result pt3 pun nak kata cermerlang tu tak jugak. At least tak adalah teruk sangat sampai tak nak tengok result tu. Opkos kalau nak ke kolej vokasional duk 4 tahun. Gila! tapi terus dapat Diploma. Mak aku suruh aku masuk smt kat ipoh tuh,sampai form 5 je kat sana. Nak kata aku nak tu , memang aku disagree. Susah jugak eh nak rancang masa depan ni. Tapak tangan aku ni pn dah basah , gelabah semacam 2 3 hari ni. Tah sebab takod tak dapat kut pergi KV. Harap dapatlah.

Happy New Year! :))

No comments:

Post a Comment