Thursday, 23 July 2015

raya tak habis lagi


Assalamualaikum dan hai!
first of all,selamat hari raya!,oke raya still on walaupun dah bukak sekolah /sobss/ . Maaf zahir dan batin to all muslim dan muslimat,kawan-kawan,saudara-mara,unknown,bloggers sekalian. Kalau ada perkara yang aku tersebut sampai buat korang marah ke apa an,harap dimaafkan. Zero zero eh? ^^

Sorry takdak gambaq nak share kat korang,kah kah. Raya tahun ni kelam kabut sikit. Mana taknyaa abang-abang semua belajo jauh-jauh,ada kat Pulau Pinang,Shah Alam lagi jauh kelantan nun. Teman duk perak jah. Mulalah nak book tiket cepat-cepat,mula-mula cadang nak balik pahang dulu hari pertama sebab raya pertama belah ayah aku semua takdak kat klang,so balik pahang lah belah mak aku en. Lepasty mula lah putar-putar belit,abang-abang aku semua panik nak balik mana sebernanya. Adik-beradik semua dah beso-beso belake , kereta Innova,nak muat 10 orang lagi,mana nak sumbat 2 orang lagi? atas bumbung? -.-

Last-last decide semua balik pahang,book tiket bas pergi pahang semua. End of the story. Kereta luas lah sikit lepas tolak 2 orang abang aku. First raya tu aku tak rasa apa-apa,serius. Tak ada rasa gembira,tak ada rasa nak nangis cam dulu-dulu,rasa macam kurang seseuatu ,taktahu amendenye. Duit raya dapat pun aku tak rasa best. Aku fikir punya lama siap tenung kubur tepi rumah atok aku lagi,nak dapat inspiration.
Paling tak suka bila adik beradik mak aku datang, T_T kenapa?? satu perkataan, malu. Malu sebab adik-beradik mak aku banyak anak-anak diorang lelaki dan hensem-hensem COUGH COUGH! aku ni pemalu sikit. tak,banyak.

Malu sebab anak-anak diorang semua pandai-pandai otak jenis otak mesin. Ada sorang saudara aku ni dia tercalon 50 orang pelajar terbaik ,dapat pergi overseas , kecik je aku rasa ._. nak dibandingkan dengan aku?. KAH..memang outssss. Ada yang sebaya dengan aku,haish jangan cakap ah kan , sememangnya pandai dari aku,malu iolls. Taktahu nak taruk mana muka ni? T_T Argh. /flashback// Dulu kecik-kecik teringat dengan diorang le aku banyak main, main nyorok siap nyorok dalam tandas. Main macam-macam, rapat memang rapat. Rindu gila. rindu nak dengar deme ajak main. Tapi....dah beso ni...krik..krik..krikk.. aku sendiri asyik duduk dapur,tak dapur bilik tidur..taktahu la..rasa malu. Aku je yang OVER dekat rumah tu...ahahaha rasa cam boy over flower...kahkah. Well,aku tahu diorang saudara aku,takdelah kemarok sangat aih.

Paling best lah,aku pergi laut Batu Hitam dekat Balok,pahang. Best gila,angin laut tu rasa nyaman. Nak mandi takboleh sebab dah pakai lawo-lawo nak beraya rumah orang,pergi kejap je,rasa nak tidur dekat situ. Nyaman je rasa ~ takdak gambar nak tunjuk. Kamera pun takdak. Henset pun tak mandang. Cedihh.. tapi still dalam memori aku ^_^ so yang suka pergi bercuti tu ce test pergi batu hitam balok,best! ~ ^^ bye salam aidilfitri. adioss~ sayonara~ wasalam.

No comments:

Post a Comment