First Love
Final + Rintihan
posted by hdyh 22:10 0 comments


Assalamualaikum dan hai gais?! Lamanyaaaa tak hapdet blog ni. Maaf memang jarang sangat dah bukak blog, first laptop satu malaysia aku dah nyawa-nyawa ikan,tak dapat diselamatkan tapi masih boleh guna tapi,masha Allah rasa nak humban dalam lombong. Secondly,lepas habis je aku kerja part time, fuhh aku dah jadi student balik T_T tapi student dengan yang banyak presentationnya,banyak assignmentnyaaa..ya Allah baru aku tau rasa "student life" bestnya macam mana. Allahu akhbar subhanallah!. Actually, aku masetu pun rasa cam "terlebih lurus" dekat sana, dengan muka skema, baju skema, ughh semua skema lahh! Ade le haritu aku haplod gambo aku habis presentation dengan membe aku, sedih wehh ayah aku kata "semua kawan ko sepesen je", you know what he trying to say???? Aku berdekah yall. 'Sepesen' maksudnyaa sama ja dengan aku, ahh aku maleh cite bebanyak kang engkorang bayangkan aku cam 'ugly betty' lulz. Ugly betty pun lagi lawo.

So sekarang minggu yang stress plus rasa cam malas gila nak study final! T_T Haaa,cakap pasal final ni,minggu lepas aku paling stress gila! In one week 3 test 1 quiz?! Kau rasaaaa?! Okay,maybe korang cam "alaaaa 3 test 1 quiz je pun pedehall" lol. Yelaa,orang jenis pandai memang macam tu kan. Aku taktau la masatu nak pk apa,aku rasa aku pk nak balik ja xD tapi takut nak exam. Haa centulah. TETAPI,alhamdulillah weh,aku berjaya jawab dengan hati yang tenang,jiwa yang tenang. Cuma satu jela aku takut,korang tau kan aku macam mana bencinyaa aku dekat matematik?! Unexpected weh, kursus yang aku dapat ni, ada matematik. Aku mase interim tu just belajar 4 subject ja,CTU,ELC ape semua tulahh,masuk sem 1 ni,subject course kita ambik,then voullahhh~ MATHEMATIC'S LECTURER WAS SMILING TO ME LIKE HI GIRL READY TO BE KILL, AGAIN? Aku nak nangis tau dak, tapi so far mathematics in business application ni tak susah pun,lagi senang. CEHHHHH... dia punya lagi senang tu macam senang sangat,boleh dapat full mark dalam carry mark. tuiiih. Tapi bila datang soalan senang,salah jugak jawapannya. Pandai sgt aih.

Aku tak adalah give up hundred percent dekat mathematics,at least aku boleh usaha lagi kalau markah carry mark aku tak memuaskan,aku boleh pulun untuk final exmanition nanti ;) doakan kami ya. Kasihanilahhh mereka-mereka yang terdesak inginkan keputusan cemerlang. TAK MAU REPEAT PAPER WEHH. tu je main point dia. Korang nak tau dak,sesiapa yang ambik course office management, mohon tampil kehadapan,aku tersangatlah kecewa dgn diri sendiri ini. Document processing,bahagian Speed Test tu,serius aku cakap,aku tak LEPAS. SATU PUN TAK! Cuba bayangkan taip dalam masa 5 minit TANPA MELIHAT KEYBOARD? Weh,masa real speed test aku ketaq gilo weh,aku mmg rasa nak nangis dekat situ dah wei,at least bagi le satu lepas ni takdak satu pun lepas T_T wei dahlah markah dia 40% kau rasa cemana weh result aku nnti? TAPI, untuk Graded test 1&2 memang aku pulun habislah,including comp. Test, aku harap sangat ketiga2 test tu boleh bagi aku lulus dalam subjek tu. AMINNNN! AMINNNKAN WEHHH PLEASE *DESPRATE*

Sepanjang aku belajar as a student University ni,banyak sangatlah buat aku sedar. Sedar diri sikit yang kau tu pinjam ptptn nanti kau kena bayo balik,kerja nanti nak kerja apa setakat CGPA rendah macam tinggi kau buat apa?! Ingat mak ayah susah untuk kita..blabla. Benda tu lerr selalu beno duk ulang-ulang dalam pale otak aku. Bergantung jugak pada manusia tersebut sama ada nak sedo ke taknak sedo. Sama-samalah kita sedo ye ^^ hang belajaq leklok nanti hang jugak yang bahagia nnti.
Annyeong~




Pengalaman.
posted by hdyh 19:21 1 comments

Assalamualaikum w.b.t ^^ 2 minggu yg lepas aku dah start keje dkt dewan makan as pramusaji, mengisi masa lapang sementara tunggu result spm nak keluar, baik cari keje idok? Ade sikit duit poket. Hari pertama lagi kaki dah nak rabak dah...walaupun ada air cond dalamnya but still rasa penat plus namatiii asenye. Punye ler beso dewannya. Hari pertama tu..peserta 30 org ,pehhh macam macam ragam manusia aku jumpa. Ada yg banyak cakap , ada yang tak puas hati , ada jugak nak kena sodok dengan senduk. Makanan buat cukup2 , nak mintak lebih mmg tak boleh lain le ada lebih-lebih bole ler bagi an. Majoriti kaum hawa yg lelebih. Sabo je ler akuuu..haih. 

Tapi..memang best. Banyak gelak je keje situ,semua crew2 dekat situ semua sporting,gegile perangai. Ada jugak membe sekolah dedulu keje situ. Tu pun lebih kurang perangainye. Serius cakap,first day tu pun dah rasa seronok. Masakan abg abg chef kat situuuu semua sodap-sodap lagi2 nasi goreng kampung. Tapi satu jelee aku tak paham dgn deme ni...diorang ni macam tak reti sgt nak uruskan sesuatu perkara even sekecil cili padi benda tu,nak kena disuruh baru buat. Anyway, meh aku cite skit pasai abg abg chef dkt tmpat kje aku tu..ahahaha nak cite pun rasa nak gelak golek-golek. Ade le akak yg kje situ,kak jannah. Dia pun lebih kurang perangai gegilenye..dia bnyak guide aku. Abg2 chef tu digelar abg beralun kata kak jannah sebab diorang jenis lembut...tapi dengo deme melawan kemain, asal tgh buat keje dkt depan ade le suara deme dkt dapo gelak ngekek,sampai ke depan dengonye. 

But still diorang mmg pandai sgt buat aku gelak. Sampai aku xleh nak move on dah. Dengo deme gelak pun dah buat aku gelak. Seronok je keje situ,yang tak seronoknye nak hadap muka manusia-manusia yg mempunyai pelbagai ragam. First time rasa cam semangat nak keja situ..walaupun sakit kaki le , sakit lutut, sakit belakang but still best. Buat masa skrng ni,aku tgh rehat,diorang pun dah balik lumut,sebab dkt ILD xde buat kursus lagi,bulan 3 nanti baru ada org masuk. Diorang bukanlah 100 peratus milik ILD, kiranya diorang ni tender baru dkt dewan makan ILD tu. Diorang akan dtg bila ada org buat kursus kat ILD tu. Kontrak diorang hanya 2 tahun dengan ILD. 

Walaupun aku tak arif sgt jadi pramusaji ni,dah ler pemalu,suara pun takde. Jadi pekerjaaan ini agak mencabar bagi seorang yg seperti saya ni...cehhhhhhhhhhh dapat gaji serbu aeon..ngehhhhh

bye❤
design by Wanaseoby