Tuesday, 8 December 2015

adik.


Assalamualaikum ;) annyeong ~ kawan aku pernah tanya pasal keluarga aku,kakak,abang,adik lepas tu diorang tanyalah aku anak ke berapa en,last-last diorang tanya ah adik beradik aku ada berapa,aku cakap ah,8?,and then diorang macam "jinjja?!" "mok banyoknyee" dengan mata mereka yang terbeliak dan aku rasa kau orang pun terkejut Well,keluarga yang bahagia katakan? Mehmeh, aku pun dah terbiasa dengan reaksi-reaksi muka diorang yang macam macam tu. Rilek ah,ada je family yang ramai adik beradik,macam adik beradik mak aku, ada 12 ke 13. Yang ramainya lelaki tak silap. 

Tetapi..aku nak tanya orang di luar sana,seronok ke ada adik beradik ramai? Bagi aku? Haha..bagi akulah kan,kadang-kadang aku rasa macam seronok gila je,time adik aku kecik lagi bolehlah main 'au cak au cak' ,  bila dah beso ni,tak hadaplah nak berau-cak-au-cak kan? Bila makin lama makin beso ni,ada je perangai tak berubah,ada yang suka sangat cari pasal dengan orang,dah takde keje kan? Buatlah keje dia. Ada jugak yang jenis tak suka bila orang tegur,kalau tegur je melenting,kalau tegur je melenting tak tentu pasal lepastu bergaduh bermaki-makian , mengutuk sesama sendiri. Lumrah.Normallah,gaduh-gaduh sayang cehwah macam tajuk novel pulak en,tapi pernah terjadi dalam keluarga aku,abang yang nombor 2 dengan nombor 4 gaduh pasal apa entah,small matter je,siap dengan carutan-carutan,mak aku yang tengah sembahyang pun tak khusyuk,syukurlah masa tu ayah aku pergi kursus dekat UiTM Shah Alam,tak adelah ada hanger terpelanting. Kakak aku pun ada masa tu dialah yang tolong leraikan meanwhile aku dalam tengah tahan perasaan. Yelah,bengang kan benda kecik je pergi besar-besarkan. Rasa nak nangis pun ada time tu. Lepas kejadian tu,diorang langsung tak cakap,nak tegur pun takde mahupun bertentang mata lagi tak mau! Tak lamalah time abang aku hok nombor 2 tu masuk U dekat P.Pinang kan,adalah dia balik en cuti sem,masa tu abang aku yg nombor 2 tu tegurlah si abang nombor 4 ni,pasal game ke apa ke,aku yang tengok pun,ahh lega! Rasa macam the end of the war III. Masa tu aku pikir,aku sorang je ke rasa macam ni?

Okay back to the story,aku bukan tak suka ada adik-beradik ramai,aku suka gila! Tapi ada time dia rasa annoying gila! Bila kita suruh tolong,pergi suruh orang lain. Aku ni memang jenis suka membebel ikut mak aku kut. Ngehngehngeh,aku tak suka tengok adik-adik aku buat perangai,dah beso dah pun..still gaduh tak matang lagi agaknya. Dan pantang betul aku tengok tempat tidur diorang tak kemas,kena aku jugak lepas tu duk jawab "bibik kan ada!" aah yelah,memang akulah bibik dalam rumah tu,sebab semua kerja dalam rumah tu aku yang kena buat,tak kiralah basuh pinggan pun kan,itu aku tak kisah sangatlah,yang aku bengangnya tiap kali diorang makan ke apa,selalu beno tinggal bertimbun dalam sinki,dia ingat aku je yang kena basuh pinggan,lelama rasa macam geram! Dah besar dah,retilah basuh sendiri en tak akan 24/7 aku je kena basuh,makan tahu. Abang-abang aku pun lebih kurang sama je perangai dua kali lima je,serope dengan kakak aku,tiap kali pergi kerja,dia mesti bawak bekal,dan tiap kali dia balik memang tak hadaplah dia nak bangun basuh segala benda yang dia bawak bekal tadi. Aku bukan tak nak tolong ke apa,kalau  2 3 kali tu tak apalah kan ni hari-hari,aku pun runsing. Penat sangat ke apa entah -,-

Tapi...dalam annoying annoying dengan perangai deme pun aku tetap rasa seronok,lagi-lagi ada adik yang gilla-gila macam adik aku,memang jenis gila sikit perangai,suka sangat buat orang gelak,tak dan tengok muka dia pun aku gelak,abang-abang aku pun serope,ada je lawak dia nak cakap,ada je benda nak buat bahan kutuk,selalunya akulah jadi bahan -.- rasa nak penampo pun hade.Ayah aku pun lebih kurang je perangai sebijik-bijik je. Ayahlah penghibur hati kami! Lawak tak lawak mesti ada je benda lain nak buat kita gelak. Tak kiralah dengan muka ke perkataan. Hati aku pernah terdetik yang aku tak nak duduk dalam keluarga ni seolah-olah aku ni tak suka dengan keluarga sendiri,tapi cepat-cepat aku istighfar,aku rasa bersyukur sebab ramai lagi yang berkeluarga tapi tak bahagia,ada yang bercerai anak kecik-kecik je lagi,ada yang bergaduh sampai pergi keluar negara tak balik-balik,ada juga yang berkeluarga tapi tidak megikut perintah Allah. So marilah kita sayang menyanyang cinta di kenang ~