First Love
adik.
posted by hdyh 23:43 0 comments

Assalamualaikum ;) annyeong ~ kawan aku pernah tanya pasal keluarga aku,kakak,abang,adik lepas tu diorang tanyalah aku anak ke berapa en,last-last diorang tanya ah adik beradik aku ada berapa,aku cakap ah,8?,and then diorang macam "jinjja?!" "mok banyoknyee" dengan mata mereka yang terbeliak dan aku rasa kau orang pun terkejut Well,keluarga yang bahagia katakan? Mehmeh, aku pun dah terbiasa dengan reaksi-reaksi muka diorang yang macam macam tu. Rilek ah,ada je family yang ramai adik beradik,macam adik beradik mak aku, ada 12 ke 13. Yang ramainya lelaki tak silap. 

Tetapi..aku nak tanya orang di luar sana,seronok ke ada adik beradik ramai? Bagi aku? Haha..bagi akulah kan,kadang-kadang aku rasa macam seronok gila je,time adik aku kecik lagi bolehlah main 'au cak au cak' ,  bila dah beso ni,tak hadaplah nak berau-cak-au-cak kan? Bila makin lama makin beso ni,ada je perangai tak berubah,ada yang suka sangat cari pasal dengan orang,dah takde keje kan? Buatlah keje dia. Ada jugak yang jenis tak suka bila orang tegur,kalau tegur je melenting,kalau tegur je melenting tak tentu pasal lepastu bergaduh bermaki-makian , mengutuk sesama sendiri. Lumrah.Normallah,gaduh-gaduh sayang cehwah macam tajuk novel pulak en,tapi pernah terjadi dalam keluarga aku,abang yang nombor 2 dengan nombor 4 gaduh pasal apa entah,small matter je,siap dengan carutan-carutan,mak aku yang tengah sembahyang pun tak khusyuk,syukurlah masa tu ayah aku pergi kursus dekat UiTM Shah Alam,tak adelah ada hanger terpelanting. Kakak aku pun ada masa tu dialah yang tolong leraikan meanwhile aku dalam tengah tahan perasaan. Yelah,bengang kan benda kecik je pergi besar-besarkan. Rasa nak nangis pun ada time tu. Lepas kejadian tu,diorang langsung tak cakap,nak tegur pun takde mahupun bertentang mata lagi tak mau! Tak lamalah time abang aku hok nombor 2 tu masuk U dekat P.Pinang kan,adalah dia balik en cuti sem,masa tu abang aku yg nombor 2 tu tegurlah si abang nombor 4 ni,pasal game ke apa ke,aku yang tengok pun,ahh lega! Rasa macam the end of the war III. Masa tu aku pikir,aku sorang je ke rasa macam ni?

Okay back to the story,aku bukan tak suka ada adik-beradik ramai,aku suka gila! Tapi ada time dia rasa annoying gila! Bila kita suruh tolong,pergi suruh orang lain. Aku ni memang jenis suka membebel ikut mak aku kut. Ngehngehngeh,aku tak suka tengok adik-adik aku buat perangai,dah beso dah pun..still gaduh tak matang lagi agaknya. Dan pantang betul aku tengok tempat tidur diorang tak kemas,kena aku jugak lepas tu duk jawab "bibik kan ada!" aah yelah,memang akulah bibik dalam rumah tu,sebab semua kerja dalam rumah tu aku yang kena buat,tak kiralah basuh pinggan pun kan,itu aku tak kisah sangatlah,yang aku bengangnya tiap kali diorang makan ke apa,selalu beno tinggal bertimbun dalam sinki,dia ingat aku je yang kena basuh pinggan,lelama rasa macam geram! Dah besar dah,retilah basuh sendiri en tak akan 24/7 aku je kena basuh,makan tahu. Abang-abang aku pun lebih kurang sama je perangai dua kali lima je,serope dengan kakak aku,tiap kali pergi kerja,dia mesti bawak bekal,dan tiap kali dia balik memang tak hadaplah dia nak bangun basuh segala benda yang dia bawak bekal tadi. Aku bukan tak nak tolong ke apa,kalau  2 3 kali tu tak apalah kan ni hari-hari,aku pun runsing. Penat sangat ke apa entah -,-

Tapi...dalam annoying annoying dengan perangai deme pun aku tetap rasa seronok,lagi-lagi ada adik yang gilla-gila macam adik aku,memang jenis gila sikit perangai,suka sangat buat orang gelak,tak dan tengok muka dia pun aku gelak,abang-abang aku pun serope,ada je lawak dia nak cakap,ada je benda nak buat bahan kutuk,selalunya akulah jadi bahan -.- rasa nak penampo pun hade.Ayah aku pun lebih kurang je perangai sebijik-bijik je. Ayahlah penghibur hati kami! Lawak tak lawak mesti ada je benda lain nak buat kita gelak. Tak kiralah dengan muka ke perkataan. Hati aku pernah terdetik yang aku tak nak duduk dalam keluarga ni seolah-olah aku ni tak suka dengan keluarga sendiri,tapi cepat-cepat aku istighfar,aku rasa bersyukur sebab ramai lagi yang berkeluarga tapi tak bahagia,ada yang bercerai anak kecik-kecik je lagi,ada yang bergaduh sampai pergi keluar negara tak balik-balik,ada juga yang berkeluarga tapi tidak megikut perintah Allah. So marilah kita sayang menyanyang cinta di kenang ~ 
kesayangansss
posted by hdyh 11:08 0 comments

Assalamulaikum dan hai hai hai to all cats lover! Seminggu yang lepas aku kehilangan lagi seekor anak kucing, satu satunya anak kucing yang tinggal. Tapi sekarang tak ada anak kucing lagi,tinggal hok beso beso ja dekat rumoh. Tak tahu la pulak si mak anak kucing yang mati tu, Uleng,nak mengandung lagi,lagi pun dah 3 kali dah dia mengandung. Aku takut nak bela anak anak kucing ni,sebab diorang punya antibodi bukannya kuat, kalau tak bagi makan sehari komfem dah nampak effect dia,aku bukan sengaja tak nak bagi makan. Makanan dekat rumah aku bukannya banyak,ayah aku sampai suruh orang dewan makan simpan lauk yang tak habis nak bagi kucing aku makan. 


Hahahaha maaf muka diorang tak nampak sangat. First time selfie,malu agaknya. pffft.Yang gambar first tu Cecik, mata dia berselaput sikit,haritu dah taruh ubat lepastu datang balik,mungkin sebab kucing jantan tidak dikenali yang membawa penyakit dekat diorang,kucing jantan tu beso,bengis pulak tu tapi diorang ni anak dia jugak hahaha. Dekat UiTM dialah satu-satunya kucing jantan yang berjaya mengurat Uleng si penyapu, ekor dia macam penyapu asal masuk dalam rumah mesti pergi bawah katil aku pastu keluar bawak sawang. Haha bawah katil aku berhabuk sikit,harta karun pun ada bawah tu. Anak dara pemalas . Mata uleng pun berselaput sikit,tapi dah okay sikit,diorang ni suka tido tu yang banyak taik mata melekat pastu keras. 

Mok , mok dekat gambar nombor dua sebelah kiri, dia pun mata dia berselaput jugak,tapi Mok bukan jenis suka tido,mungkin berjangkit dengan Uleng. Mok ni pendiam macam tuannya . Hehe. Tapi kalau dia dapat cakau orang,seminggu tak hilang bekas.

zebra beso & kedik

Aku suka tengok dua ekor ni haa,asyik-asyik duduk dua je..padanlah rope nak sama. Hahaha. Nak kata kembo tak jugak yang baring tu tua lagi.Yang tengah buat posing duduk nak kena jentik aje, 


Haa nengok bukan main Zebra beso ni asyik beno,yang aku dengan Zebra beso ni , dia suka dibelai kalau belai mesi telinga kebawah. Haha. Lain la zebra kecik tu haa,aku nak pegang sikit lari , aku pegang sikit lari, agaknya dia rimas. Aku harap mereka membesar dengan sihat dan tidak berselaput mata mereka. ;') 

tempat mereka mereka menggigit dan berlari
p/s abaikan pinggul cecik itu, agak tidak sopan.
mereput + SPM
posted by hdyh 15:59 0 comments

Assalamualaikum & yo ✌ , its been awhile rite? Hiatus dari exam akhir tahun for form 4. And next year, omg omg omg..SPM! Rasa macam aku tengah mimpi lagi? T_T cepat betul masa berlalu. Dan tahun depan mesti ketat gila jadual , arghhhhhhhh . Aku rasa frust sikit,sebab aku nak drop akaun. Hahaha sebab aku tak minat subjek tu .__. ((*tipuu* tak pandai buat senanye)) tak adalah tak pandai buat,adalha sikit sikit aku reti buat setakat imbangan duga,akaun kawalan,kunci-kira-kira ,hasil,belanja tu tahulah..yang bab-bab kira tapi tak sama jawapan tu frustt gilaa vavi orang yang ambik akaun mesti rasa macam mana aku rasa kan? Kan? lain la yang dapat tu..waaaa -,- lagi-lagi kalau bab bab penyata pendapatan..tu down sikit. Serius aku cakap,aku memang tak boleh nak terima akaun ni,memang tak sekepala dengan aku xD .Maafkan saya akaun,bukan maksudku mahu membencimu..But nak buat macam mana kan? Kedudukan kelas dah umum aku still kelas sama still ambik akaun jugakkkk --' , aku bukan apa aku takut bila time result SPM keluar elok semua markah sopan je datang akaun buatnya E takpun D , buruk ropenyee..hancorr kome.

Aku tengah fikir masak-masak , betul-betul tengah fikir masa depan,sama ada nak tak nak je ambik akaun ni. Dahlah folio dia aku tak siap buat dokumen lagi..buku dah kena kutip. Silap aku jugak sebab tak tengok senior buat dulu-dulu punya,aku ingat aku turun kelas..tak adalah ambik akaun kan. Tup tup , tetap. Memang bengang jugak,tapi redha jela. Hahaha pasrah je bunyinye ;3 Tapi aku tak adalah give up dengan akaun ni,aku jela kena usaha lebih lagi..kan? Akaun ni kena banyak buat latihan pastu hafal format tu je, tapi itulah..aku ni ada penyakit M,hahaha kadang-kadang jela.. Kadang kadang ada lah rajin hafal, yang takleh blah masa exam tu lupa tengah jalan...hahaha siot betul rasanya. Eloklah lupa macam tu markah pun rope apa. Sejak form 4 ni,aku rasa aku ni lebih banyak fikir masa depan..dulu masa form 1 , 2, 3 time pt3 mana nak ingatnyaaa..semua pakat tembak. Markah pun bukan elok beno pun -,- ateh pago je,tapi naik kelas..pelik betul aku. 

Masa hakak-hakak abang-abang form 5 nak pergi masuk dewan,aku dah terasa dah betapa gemuruhnya, betaa berdebar rasanya,time lalu dewan ngale ke tandas..perghh lagi dasyat tapak tangan aku basah kuyup. Bukan aku yang ambik SPM pun,tapi tulah realitinya. Terasa! I feel you! ceitt :p Aku harap dak dak SPM dekat sekolah aku ni dapatlah naik lagi satu anak tangga dalam Perak. Aku tahu deme dah berusaha sedaya upaya dah. Kipidap~

fighting♥♥♥
Nisjuewin Beauty♥
posted by hdyh 16:53 0 comments

Assalamualaikum, hey pretty girls♥ okay ah,aku nak share something very the awesome thing. To be honest,i never use any beauty product or neither skincare. Well,just because of my age..maybe i'm not ready yet to use any products,another than that,its not like my face in a bad condition. Normal lah kan,teenagers ada jerawat tumbuh,tapi jelezzsss jugak aku nengok budak-budak bawah umur aku kulit bersih je. KAH tak macam haku tak gheti gheti jaga muka. Aku tak kisah sangat le pasal muka nih,rasa cam membazir je beli produk tah dari mana datang,konon-konon buat muka kita flawless tapi tak jugak. 

But when i'm turning sweet 16 now,my face keep changing and changing~ and i started to sigh everyday i'm waking up with a lot of new baby-born-pimples. Ew. Especially at my cheek ,the pimples are just sooo cruel! T_T they grown up bigger and and and i can't take it anymore,and every time i'm talking to my friends they're just like "Ee,its that jerawat? why not picit-picit" i was like urghh they just don't feel what i feel,sampai hati mereka mereka berkata sebegitu rupa? jerawat ni tak bersalah! lulz. Then i keep finding a great skincare for my skin lah kan.Then i finally make a decision,i would try Nisjuewin Beauty for my skin  

picture from wanzishop.com
aku suka Nisjuewin ni dari segi majoriti testimoni yang bagi feedback bahawa produk Nisjuewin ni selamat,tidak ada bahan kimia mahupun merkuri dan sama waktu dengannyalah ,semua skincare macam tu kan? tagline sama je bebas bahan kimia tiada pengelupasan bla bla bla , semua orang boleh buat cite guna perkataan je. Dan produk ni ada kelulusan dari KKM , selalunya kalau produk bumiputera yang lain ada jugak orang bagitahu kulit beliau mengelupas,tak sesuai,kulit terlalu nipis, sort of that things. Tapi so far Nisjuewin Beauty ni takdak pulak orang kata "maybe tak sesuai" , "pakai day cream menggelupas kulit" serius takde, so aku rasa produk ni betul-betul selamat diguna pakai setiap lapisan masyarakat. lols, haha. Kulit aku ni nak kata bermasalah sikitlah,jerawat tu memang ada tapi tak adalah banyak sgt,maybe my face a lil bit oily. Dan paling dibenci oleh orang ramai, parut a.k.a scar,serious talk scar can't be heal. Mencii~  

So as usual, this is basic thing,5g day cream & Night cream,50g soap and toner 60 ml. What kind of ingredients in it? Let's see..
  •  whitening soap 50g -Coconut Oil, Palm Oil, Glycerin, Oryza Sativa (rice) Extract, Avena Sativa (oat) meal Extract, Fargrance  
  • intensive toner 60ml -Aqua, Denature Ethanol, Polysorbate-20, Licorice Extract, Aloe Vera, Vitamin E, Vitamin C, Fragrance
  • glowing day cream 5g -Beeswax, Ozokerite Wax, Pearl Powder. titanium Rioxide, Talc, Vaseline, Argan Oil 
  • night cream 5g -Aqua, Cetyl, Cetearyl, Glyceryl Stearate, Isoproply Mystrate Dimethicone, Argan Oil, Titanium Dioxide, Licorice Extract, Alpha Arbutin
any sign of chemical ingredients? No? well,i'm not an expert to know all sort of things like this,i don't take kimia subject. So apa function these things? Normally whitening & glowing. simple as that. Who don't want???? me want okay xP.  Night cream is the most best-selling lah,banyak fungsi night cream ni. Selain memutihkan,ia juga membantu pengecutan jerawat dalam 1 malam! Omg omg kan? Pengasas Nisjuewin Beauty iaitu Anis pun pakai jugak produknya sendiri ((memanglah kan -,-)) lihatlah hasilnya..
from instagram @nisjuewinhq
Lawa kan? Sebijik macam muka kawan aku hahahaha. Tapi kawan aku dia coklat manis sikit mukanya. Lol ada ke coklat manis? -.- nak dibandingkan dengan aku? muka pun macam jalan tar, aku tengok sabun dia macam tebal je, so aku rasa kalau potong kecik-kecik jimat sikit kan. Tak kebanyakkan skincare lain,ketebalan dia tak mcam tebal sabun nisjuewin. Takut pulak cepat habis,bendanya susah nak cari yang loose nak nak dapat yang penjual cekik darah lagi haru kan,so kita kena alert dan survey dulu. Harga? tak murah sangat tak lah mahal sangat, for sm rm75 included pos,kalau beli kedai jamu maybe rm70 gitu,rasanyalah. Tapi ada online seller dia jual murah lagi daripada harga pasaran tu kena cari yang betul-betul trusted seller lah,. Tak pernah nampak lagi kedai jamu dekat tesco kampar jual benda alah ni..kalau beli dekat kedai murah sikit yedok?. 

**Nisjuewin sesuai untuk semua masalah kulit,termasuklah jeragat..budak bawah umur pun boleh pakai! Tapi biarlah yang ada masalah kulit ye,kalau kulit dah putih takdak cacat cela jangan le tamak beno nak putih lagi..kang tak pasal tumbuh cendawan atas muka. takdelah gurau jah :p so far Nisjuewin Beauty takdak twin(tiruan) dia lagi maybe baru lagi. So anyone who have try it before? Because i'm already fallen in love with this product no lie okay. Maybe you guys have an experience you can tell me,sharing is caring.
tidak seberapa ;_;
posted by hdyh 17:57 0 comments

Asalamualaikum hai hai hai hai
now i don't use blogskins anymore,why? because me so malas to edit-edit the things. So aku decide nak guna designer punya,KAH KAH,walaupun hasilnya tidaklah seberapa flawless macam blog anda anda semua T_T . Ni pun aku main terjah je , apa aku buat entahlah. Tapi not bad kan? ok fine. Tak kisahlah janji aku tak serabut kepala kalau ada kod-kod yang tetiba tak jadi. 


ritu dengar lagu bts boy in luv , terus in luv~ ahaks <3
Sincerely,penulis.
raya tak habis lagi
posted by hdyh 19:25 0 comments

Assalamualaikum dan hai!
first of all,selamat hari raya!,oke raya still on walaupun dah bukak sekolah /sobss/ . Maaf zahir dan batin to all muslim dan muslimat,kawan-kawan,saudara-mara,unknown,bloggers sekalian. Kalau ada perkara yang aku tersebut sampai buat korang marah ke apa an,harap dimaafkan. Zero zero eh? ^^

Sorry takdak gambaq nak share kat korang,kah kah. Raya tahun ni kelam kabut sikit. Mana taknyaa abang-abang semua belajo jauh-jauh,ada kat Pulau Pinang,Shah Alam lagi jauh kelantan nun. Teman duk perak jah. Mulalah nak book tiket cepat-cepat,mula-mula cadang nak balik pahang dulu hari pertama sebab raya pertama belah ayah aku semua takdak kat klang,so balik pahang lah belah mak aku en. Lepasty mula lah putar-putar belit,abang-abang aku semua panik nak balik mana sebernanya. Adik-beradik semua dah beso-beso belake , kereta Innova,nak muat 10 orang lagi,mana nak sumbat 2 orang lagi? atas bumbung? -.-

Last-last decide semua balik pahang,book tiket bas pergi pahang semua. End of the story. Kereta luas lah sikit lepas tolak 2 orang abang aku. First raya tu aku tak rasa apa-apa,serius. Tak ada rasa gembira,tak ada rasa nak nangis cam dulu-dulu,rasa macam kurang seseuatu ,taktahu amendenye. Duit raya dapat pun aku tak rasa best. Aku fikir punya lama siap tenung kubur tepi rumah atok aku lagi,nak dapat inspiration.
Paling tak suka bila adik beradik mak aku datang, T_T kenapa?? satu perkataan, malu. Malu sebab adik-beradik mak aku banyak anak-anak diorang lelaki dan hensem-hensem COUGH COUGH! aku ni pemalu sikit. tak,banyak.

Malu sebab anak-anak diorang semua pandai-pandai otak jenis otak mesin. Ada sorang saudara aku ni dia tercalon 50 orang pelajar terbaik ,dapat pergi overseas , kecik je aku rasa ._. nak dibandingkan dengan aku?. KAH..memang outssss. Ada yang sebaya dengan aku,haish jangan cakap ah kan , sememangnya pandai dari aku,malu iolls. Taktahu nak taruk mana muka ni? T_T Argh. /flashback// Dulu kecik-kecik teringat dengan diorang le aku banyak main, main nyorok siap nyorok dalam tandas. Main macam-macam, rapat memang rapat. Rindu gila. rindu nak dengar deme ajak main. Tapi....dah beso ni...krik..krik..krikk.. aku sendiri asyik duduk dapur,tak dapur bilik tidur..taktahu la..rasa malu. Aku je yang OVER dekat rumah tu...ahahaha rasa cam boy over flower...kahkah. Well,aku tahu diorang saudara aku,takdelah kemarok sangat aih.

Paling best lah,aku pergi laut Batu Hitam dekat Balok,pahang. Best gila,angin laut tu rasa nyaman. Nak mandi takboleh sebab dah pakai lawo-lawo nak beraya rumah orang,pergi kejap je,rasa nak tidur dekat situ. Nyaman je rasa ~ takdak gambar nak tunjuk. Kamera pun takdak. Henset pun tak mandang. Cedihh.. tapi still dalam memori aku ^_^ so yang suka pergi bercuti tu ce test pergi batu hitam balok,best! ~ ^^ bye salam aidilfitri. adioss~ sayonara~ wasalam.
trauma
posted by hdyh 20:43 0 comments
Assalamualaikum! sappbruh~
sedar tak sedar dah nak raya iyedok? Lagi beberapa hari lagi. Gembira ada sedih ada :') sedih ramadhan yang mulia ni nak tinggalkan kita,sedih sebab kena ganti puasa lagi...waarghhhhh(╥︣﹏᷅╥) k fine.

Sejak kejadian 'tu' berlaku terus aku trauma. Sejak kejadian 'tu' berlalu , ia muncul semula. Apa? Api! , korang takut api tak? kalau takut yeayy kite geng! Kejadian 'tu' bermula masa aku di zaman innocent , aku ni jenis yang cepat lalai , buat kerja sikit termenung buat kerja sikit terlupa itu ini. Memang tak ingat dah jenis telan semut 2 3 tong agaknya?. So,waktu tu aku nak panaskan kuali..entah macam mana syok beno nyembang dengan adik sampai terlupa kuali tu. Tuptup api marak naik dlm kuali tu,haishh aku mula la kelam kabut , tak tentu arah ropenye,yang adik aku boleh gelak,katanya macam 'fire bander' mende tah yang dalam cite the legend of aang tu.

Dengan rasa takut , lantas aku ambil sejag air lalu cuah kedalam kuali. Perghhh! berasap-asap,abih siling aku jadi kelabu. Memang time tu tak bagitahu bonda la.ahaha mau kena piyat telinga. Mak aku kata kalau dah berapi-api jangan dituangnya air nanti lagi marak tapi time tu mungkin Allah sayangkan aku jadi api tu surut. Memang aku tak pikir apadah selain letak air. Api lawan air , air le menang kan? 

Sejak kejadian tu la aku takut nak bukak api,soo..aku nak bagitahu yang kejadian sebijik ni berlaku lagi..tapi dekat sekolah. Pengetua a.k.a guru sains aku buat eksperimen tentang perubahan kimia. Masa tu semangat gila nak buat,tapi budak cina jela yang nak buat,bukak api semua keja deme lah. Aku cuma tolong memerhati. Masatu kitorang tengah panaskan serbuk Plumbum dalam mangkuk sejat. kecik je. Nak tengok serbuk tu cair. Masa tu group aku jela serbuk yang first cair sebab kitorang punya sikit je serbuknya. 

Then,pengetua a.k.a guru sains aku pun sukat suhu dengan termometer kiranya buat demo le kan. Tengah nak sukat suhu,naik sampai keatas le merah yang ada dalam termometer. Panas la maksudnya. Aku tengah berdiri tepi benda alah tu..nak tengok suhunya. Tiba-tiba benda tu pecah!..kuat gila bunyi letupan tu. Aku taktahu punca dari apa,agaknya panas sangat. Kan dekat bawah termometer ada warna merah kan? apa namanyaa..mercury kut..habis kena tudung membe aku,ada yang kena pipi sikit. Aku kena dekat jari..pedih gila rasanya.

Masa tu hanya Allah s.w.t je tahu betapa takutnya aku,jantung aku berdegup laju,tapak tangan aku basah,tangan aku ketar-ketar. Aku jerit-jerit dalam hati, sebab aku takut mercury tu masuk mulut aku. Dahlah puasa. Pastu cikgu suruh basuh tangan,tiba-tiba aku nangis *tutupmuka* gila! Cuba bayangkan benda tu meletup depan-depan mata kita..kalau aku tak toleh tempat lain,aku dah ada dekat hospital dah. trauma terus tengok api,walaupun sebesar zarah kesannya beso. Dalam hati aku sumpah seranah cikgu sains tu,alat keselamatan pun tak pakai..memang awesome. Tak nak aku jejak makmal sains tu lagi.HMPHHH! Asdfghjkl#$%

"untung le pandai~"
posted by hdyh 17:17 1 comments
Apabila cikgu memberi semula kertas peperiksaan(ppt).....

friend: wei kau dapat berapa?
aku: 63 je..
friend: *pandang kertas sendiri* untunglah pandaiii!

Aku paling pantang orang kata "untung le pandaii.." "pandai bole la" some sort of that words. Benci gila aku dengar ayat-ayat separuh memerli, aku tak tahu sama ada diorang puji atau ada makna lain. Oklah,kalau nak kata macam tu,fine..aku boleh redha lagi sebab aku faham diorang saja cakap macam tu nak buat orang hidung kembang semangkuk atau apa kan..tapi kalau dah banyak kali..tak rasa cam annoying gila ke? Rasa nak punch kunalen je mereka-mereka yang berkata sedemekian rupa.


Ikutkan hati yang lemah lembut ini,aku diam *muntahpelangi* . Biasa dengarkan time result dah keluar, lepas tu share-share markah nak tengok siapa lagi teruk or ok. Bila lebih markah sikit "untunglahh" . Apa yang untungnya entah,lain la kalau dapat markah ciput macam tu dapat sekali makan free,haaa itu lagi untung weii..jimat duit belanja 3 inggit aku.

Apasalahnya kalau tukarkan perkataan "untunglah" kepada "tahniahlah" dan orang lain akan respon yang baik..daripada dapat makan sebijik penumbuk. Bukan pandai sebab dapat markah macam tu,its okay dapat markah rendah ke apa,but still awak boleh cuba lagi..result kita pun lebih kurang orang tak ulangkaji but yet still oklah..haha. You can try harder in next exam,who knows right? you can get better than anyone else? And then everyone will says this "UNTUNGLAHHH!!!!" than you will know how the feels is...sekian
friendship goals
posted by hdyh 14:30 0 comments
Assalamualaikum,yo~
remember me? No? okay ._. Friend,yeah...everybody has a friend. Me? i have..3 girls non-stop talking,non-stop laughing,non-stop fighting,its fun rite? We can doing anything with our best friend. A friend who always be there for you, a friend who always be a shoulder to you,a friend who always cry with you,a friend who try hard to be a good friend for you. Aren't you lucky? Its feel like you're one in a million. 

You're lucky have a great friends. I'm not saying that i don't have a great friends like you. They are really same as me,i mean,craziness,dumb,etc..i'm so happy with them. Beside,with them i can feel the real me. The real me. Yeah,only best friend know who we are. Aren't you lucky?

You're lucky, cause your friend actually care about you,even your boyfriend don't care about you so much. Hey,aren't you feel great? Feel the real you inside yourself. With your friend you already got extra energy to retry your life. They giving you some strength , some power to straight up your head , facing the world. Aren't you lucky?

The time when you separate with your bestfriend, having a hard time to friend with whom? Then you actually find one. Then you getting really close. You actually forget a 'friend who always be there for you,a friend who be a shoulder to you,a friend who always cry with you' , you throw'em. And then you actually think that they're forget about you. 

No. You're the one who forget your own friends. You're the one who being sellfish with them, You're the one make the relationship crashed like that. Like a pieces of glass. But still,aren't you regret? But why now? Don't you realize? You're just want attention,to make everyone cares about you so much. You don't think about their feelings? Aren't you breaks some people heart? Aren't you have a heart? Who are you? A monster? No,you're just being to mean. 


And now,your friend ignore you,just let you do whatever you want to do to,like 'just go,don't mess with us again' Feel how they feels? . Cry a lot,don't know who want to hear our words. 

You'll feel sorry. Sorry for hurt your feelings. Sorry for being to mean. Sorry for ignoring you. Sorry for not be there for you went you crying. Sorry. Sorry? 

I'm sorry,i'm not a good friend. 
elia,ifa&izzatul
16♥
posted by hdyh 22:40 0 comments
Assalamualaikum dan halo ♥
Mohon abaikan entry yang lagi satu tadi. Hikhik. pada hari ini...yelahh my birthday la kan? As always,aku dah nambelas tahun dah tua yet still kiut. Kah. Bangun je pagi tadi terus set dalam otak "hm sapelah wish aku dulu ek ek" masa tu excited gilaa. Entah tetiba tak pernah kulihat diriku sehappy pagi tadi. Tapi....agak sadlah..my bestfriend tak ingat birthday i, im soo sad but its okay dia lupa. Hm. yelah tu. Dan my bestbestfriend tak dtg sekolah,hm hm. Dan sorang lagi bestfriend,niat dalam hati nak active facebook sebab nak tengok dia wish aku ke tak..hm. Hm jelah..ahaha.

Tapi ada jugak kawan sekelas wish birthday aku :') terasa diri ini begitu berharga. Aku bersyukur sangat sangat..aku bukan nak hadiah..aku cuma nak diorang ingat aku,doakan aku...kalau nak bagi hadiah pun takpe. Hee. piss. Dan paling terkejut lah,hari ni epic gila kut,aku taktahu la kan,mula mula aku tak percaya yang 'dia' ada wish dekat aku,ada le posmen posmen dia suruh cakapkan. dia tu tak pernah wish dekat aku, selama aku dgn dia..tahu,sakitnyaa tuh disini tau. well,at least dia still ingat aku en. Hm haha. rasa macam awkward gila dia wish dkt aku. seram pun ada gak.

Then,time balik sekolah tu,aku ada test cakap dekat adik dgn kakak aku "hari ni hari apaaa?" lepastu diorang macam "hari apa" ok aku paham skrng. cedih medih tedih . the most happiest lah kan,adik aku recieve hadiah dari 'kawan aku' hahahahahaha...takleh bagithu kang mengaibkan. hadiah itu begitu bermakna...walaupun simple but yet..ahaha..aku mula-mula bukak rasa macam kena prank. tapi bila pikir 2 3 4jam...'kawan aku' tu ikhlas,aku geram dgn adik aku...dia dah ambik hadiah tu dah tu pulak pegi buang surat kawan aku bagi...aishh. bukan senang nak dpt surat dari kawan aku tu.. T_T

Dan sekarang,aku mula sedar...family aku tak lupa birthday aku :') tadi masa diorang balik tg.tualang,abang aku lanje eskrem topten..jadi lee..kek tak mandangg eskrem pun eksrem lah! Aku mintak hadiah hari jadi ketam! dah lama kut tak makan ketam,lagi lagi masak cili padi perghh terliuqqq weii..♥♥♥

hari ni sgt bermakna akan ku kesemat kenangan kenangan ini selamanya,serius aku happy harini^^♥ harap tahun depan cam ni lagi..ehehe. Ohya! jumaat ni exam wei! sejarah pulak tu.. -,- haishh baru nak fefeelings happy...urgh
unfortune
posted by hdyh 23:06 0 comments

Salam and nite?
Nak tahu? Like seriously,serious..not for sure lah tapi it truly unfortune day for me! T_T i just...erghh. All the days i've been trough these day but..this day is wayyyy too awkward and embarrassing. That morning, waiting for bus school. I don't know,if aku ni cuma perasan or else dia yang ajet ajet cam tu. Aku tengah main rumput , bosan senonye takde teman nak beborak pepagi buta. Then,ada le satu kereta 'mewah' ni lalu depan aku. Eh hilang dah speaking aku. KAH. ok then,aku angkat je kepala. ZAPPPP! ada something go trough my heart. Rasa macam kena elektrik. Sakit gila. Its him,dia tengah bawak kereta. Aku terkejut gak hebat jugak eh. Abang aku yang umur 18 tu tak reti bawak lagi..ini dia? Tapi takdela tekejut berok sgt sampai batak. Eee..no way.

Haa,then pagi tadi ada buat rehearsal pembarisan untuk rumah sukan. Aku terpaksa join,cikgu main main tarik pulak. Baru cadang taknak masuk pape. So i accept it dlm hati yang tidak tenteram. There is some boy dari rumah ijo (hijau) i don't know why but,i know he din't mean it. Tapi aku tetap rasa tersangat sangat maluuu..maleh aku cite kang kome gelak pulak. :P masa tu aku dah nak nangis ramai dak dak gelak. Sakit hati tambah malu,mana pernah aku kena gelak macam tu..nasib baik aku tak tunjuk muka.

Yang paling extreme en,aku dipaksa masuk dalam acara tarik tali . Konon-kononnya nak cukupkan rumah bendahara 10 org. Cikgu tak tengok aku atas bawah kut, dah le kering*lahsgt*lembik tak nampak ke?! Ni semua lemak ayo je..maybe cikgu fikir "oh dia tinggi..em boleh menang ni $$$$" cikgu silap. Ni first time aku join tarik tali ni...perghhh..sakit tapak tgn aku , elok lembut je udoh kaso. Tapi.....em kalah je,harap badan je la...tapi majortiti rumah bendahara ramai yg tough tough sado sado..aku jugak deme pilih? tapi tula kan..time tu ramai kakak2 sado pge SYS , tu yg deme memaksa aku masuk. Elok ritu time deme lawan menang tpi nak buat cane en...pihak lawan pun takleh lawan..badan semua keluar masuk gym.

#malangtidakberbautpiketiakygbsukbrbau #cedih
Giveaway By Nurrul
posted by hdyh 22:13 0 comments
GIVEAWAY BY NURRUL


Assalamualaikum! heylo bloggerians. First time okay aku join giveaway ni. Agak kelam kabut. Sorry for those yang aku ada tag tu. Korang pun boleh join! Cepat-cepat! ^_^ . Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini.
Meriahkan lagi giveaway pertama Nurrul dengan mengajak rakan-rakan anda.
Hadiah menarik menanti anda yang bertuah ! :).
sun-dayy
posted by hdyh 15:28 0 comments
Assalamualaikum dan yoo,
permulaan kata tersangatlah awkward. Abaikan. So today pada tahun 2015 , hari yang ceria dan indah , sudah pun masuk bulan 3 , guess what? cepat kan masa berlalu,tahun depan..bermulalah aku menghadapi cabaran dan pelbagai rintangan. Untuk mengecapi kejayaan. Yeah,dan pada tahun itu segala jalan dan higway akan terbuka luas. Bukan masa atau umur menentukan keyaan kita,tapi kesungguhan kita dalam pelajaran. 

Maaf atas bahasa yang agak 'nerdsss' , sebernanya takde mende nak share pun sekadar nak cite ujian awal tahun dah start minggu lepas. So ada rasa kebebasan sikit , dan gementar skit. Weii,ini baru ujian bulan mac tau...belum SPM lagi T__T waa , jadi beginilah rasanya ye? 

Dan,aku nak ucapkan tahniah kakak2 abang2 yang berjaya dapat result spm yang cemerlang! Wuuuu *balingbunga* mana-mana yang kureng cemerlang janganlah putus asa *hulurkitkat*. Banyak lagi benda kita boleh buat. Iyedok? . Termasuklah abang aku,congrats la kat dia en walaupun 2A , tapi kira oklah,sej lulus itupun dah cukup memadai dapat sijil. Nanti akan dtg aku pulak,omaaaaa T_T insha Allah. Aku tetapkan usaha aku..em em em..kbye.
old flame.
posted by hdyh 15:23 0 comments
Assalamualaikum,
yup,it's been awhile since aku dah 16 tahun and i was like "wat de fish im going 17 next year" dan pada masa itu aku akan berperang dalam pelajaran. Ewahh ayat nak powerr. Bak kata cikgu fifi "tahun ini bukan honeymoon" scary gila dengar. Aku ambik akaun , but mulanya aku ambik ict. tapi bila fikir balik..baik ambik akaun...dapat sikit ilmu bab bab mengira ni..walaupon aku tak suka mengira. Kuikui. Nasib baik tak ambik add math,fizik,bio,kimia pe semua tuh. Eshh , math pun tak lepeh lagi nak ambik add math mangkooo le jawabnyee.

Sometimes , i feel weird. I don't think that kind of feelings can 'bluff' away from my mind. Its like, "hey i think i feel something" hell yeah,the day when i decided to focus on future. And that 'thing' like always come back to me. You know that 'thing'? Ala that thing lah. Of course , i don't have any feeling towards him. You know...he just someone who NEVER can't i forget. Like never. Act,he's not perfect and he just clumsy man who know making troublesome. HAHA macam perfect sgt aku ni. 

Sometimes an, aku rasa "wah happynya" macam seolah-olah ada pelangi yang terbit.And sometimes aku rasa nak tumbuk orang -,- well,he have someone 'new' in his life. Whenever i see him with his 'new life' i just feel something going trough all over my heart and 'BANGG' crash like that. Its hurt :) so much. I din't cry , why must i cry with that little shit thingy? Nahh,it's doesn't make any sense to me. But my heart. You know that feelings right? 

well dah 4 tahun kan. So rasa macam sekejapp sangat. Cuma kadang-kadang terfikir 'don't take any chances' :') hm em.
hello, 2015.
posted by hdyh 14:57 0 comments

Assalamualaikum,yo peeps.
Alhamdulillah alhamdulillah! :) Tahun baru tiba lagi. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam aku 15 tahun. hoho. Aku doakan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Nampak gaya tambah lagi seminggu cuti sekolah en? Syokk aihh.. Disebabkan berlaku banjir di negara ini terpaksa tangguhkan hari ke sekolah. Ekceli aku sorang je tak beli apa lagi , adik-adik semua siap takyah nak kata beg sekolah siap pakai duk tayang dekat aku. Panehh betul aku.. , Mana eidokk nye aku tak ikut mak ayah aku pergi Giant kampar ritu T__T jahat sungguh mereka-mereka.

Aku tengah tunggu keputusan permohonan ke Kolej Vokasional , takut jugak kalau tak di terima. Yalahh result pt3 pun nak kata cermerlang tu tak jugak. At least tak adalah teruk sangat sampai tak nak tengok result tu. Opkos kalau nak ke kolej vokasional duk 4 tahun. Gila! tapi terus dapat Diploma. Mak aku suruh aku masuk smt kat ipoh tuh,sampai form 5 je kat sana. Nak kata aku nak tu , memang aku disagree. Susah jugak eh nak rancang masa depan ni. Tapak tangan aku ni pn dah basah , gelabah semacam 2 3 hari ni. Tah sebab takod tak dapat kut pergi KV. Harap dapatlah.

Happy New Year! :))
design by Wanaseoby