First Love
Hoholiday~
posted by hdyh 13:39 0 comments

Assalamualaikum. hai hai hai hai hai hai hai aha *gile* aku tahu dah lama cuti , aku je ketinggalan zaman. tsk ;_; yep , sekejap aje masa berlalu. Argh miss my bestie already T_T aku tak puas hati ah dengan kawan aku sorang ni,kata nak datang last day sekolah ritu. Katanya "kali terakhir jumpa sebelum pindah ke seremban" tengok-tengok dia tak datang. Geram jugaklah. Tapi dia tu er ada masalah sikit. Maybe. Lepas ni takde dah kawan yang boleh teman aku pergi kedai mani beli maggie , uwaaa. Lepas ni takde dah kawan yang boleh ajak gadoh. Aku cadang nak pergi rumah dia , tapi takod dia takde. Yalah,dia tu kuat berjalannye. Hmm. 

Harap suatu hari nanti Allah dapat temukan aku dengan dia. Aminn! . Kenangan paling bestlah an,aku dengan bestie pergi Bukit Merah hari khamis 20/11. Seronok gila dapat pergi sana! Excited nak terjun kolam dekat sana! Sekali sedut ayo tu..hmph! Masin!. Yang paling scary boleh buat jantung aku dup dap dup dap tak henti-henti aku naik Tube Slide. Itu jangan cakaplah, best tu memang bestlah kan. Tapi seram gila! time turun menjerit macam baru jumpa hantu! tak bleh blah yang berhenti tiba-tiba,kena turun , air dah le dalam! paras tengkuk aku aje. Yang kawan aku bukan nak tolong. Penat menjerit. Masa tu kaki kawan aku tu tak stabil lagi yang aku pegi tolak pelampung tu , sampai takat bawah tu pelampung tu terbalik! habeh hidung mata masuk ayo! Seram. Nasib baik aku boleh kawal lagi,kalau tak dah lemas aku. Haishh 

Part kelakar,time aku terserempak dengan biawak. Ajenye , boleh pulak time syok-syok main dekat longkang besar dengan kawan-kawan,aku nampak kepala biawak tu duk berenang. Aku dah kecut. Lari sambil menjerit. Yang lain pun join sekaki duk terjerit-jerit. Bengang gila aku time nak lari tu air kolam tu kan susah nak bergerak kaki an. Aku dah toleh-toleh belakang takut biawak tu ikut sekali. Uishh maunye tak aku menjerit -,- rasa nak nangis dah masa tu. 

Balik aje dari Bukit Merah,semua dah stok pening kepala! Taktahu lah sebab ape pepening tetiba. Mungkin sebab sedut ayo masin banyak sangat agoknye?. Sampai rumah,aku cari katil dulu...gila ah rasa macam pening tu berdenyut-denyut aje kepala. Lepastu tetiba air mata aku keluar,sakit tak terkata. Nak demam nak pengsan pun ada, adik-adik dah usha pelik muka aku "asal muka hitam? berbelang.." haih biasalah dah mandi sambil berjemur tengah panas. Tapi dekat sana takdela panas sangat , maybe cahaya matahari menyinari muka. Lepastu esoknya nak sekolah lagi. Haha ingat nak cite pasal holiday tercite pasal pegi Bukit Merah. Alah holiday jugak tu~ :pp happy gegile dng korang -ifa,elia,tyka <3 insha Allah kita akan bertemu lagi. Kbye.
Kemanakah hala tujuku?
posted by hdyh 17:14 0 comments

Ewahh tajuk dah macam nak lari rumah hoho. Ekceli,aku hade mohon kemasukan ke Kolej Vokasional, tapi tak hantar lagi sebab.. Keputusan pt3 , Band dengan markah Sikometrik tah macam mana eja tak dapat lagi. So tengah tunggu. Time tgh isi basic info ragu-ragu jugaklah sebab aku tak bagitahu mak dengan ayah aku lagi HAHA. First aku memang nak tak nak masuk KV , sebab takdak SPM tapi membe aku kata boleh ambik jugak. Second, membe aku yang paksa masuk sana sebab , tah katanya takde kawan. Katanyelahh.. tup tup sampai sana dah ada kawan tengok aku pandang sebelah mata je. Hesh memang makan penampo!. Third, aku nak try sekolah kemahiran nak buat something yang tak pernah aku buat. Pasal kewangan nak kesana semua KV dah sediakan,bayaran nak kesana tak adalah beribu-ribu. So aku rasa parents aku tak kesah sangat kut . Kut . Kut jelah. haha. 

Aku rasa tak salah aku pilih kemana aku nak pergi , sebab ini masa depan aku. Takkan parents aku nak halang? Kalaupun aku tak dapat ke KV yang aku mohon tu, maybelah ada tawaran yang lain aku boleh dapat kan?. Kalau membe aku tu dapat, terpulanglah dekat dia nak kesana ke tak. Aku tak kesah. Tadi jejalan dekat karnival ape tah dekat KV Lebuh Cator dengan my bestie /including her bro as a driver/ agak awkward~~~~

Takleh blah masuk ikut pagar lain,maluuuuu doh! dak-dak sekolah lain semua pakai uniform. Aku and bestie pakai baju biasa je. Nasib baiklah ada segilintir kaki tangan/students yang datang byself pakai baju biasa ada gak geng. hehe. Round-round sana pusing tempat biasa round-round balik jumpa tempat biasa, wei aku sikit pun tak pernah jejak dekat sekolah tu. Taktahu mana hala tuju nak pergi. Cari-cari tandas bilik ape mende tah yang aku tunjuk. Aku dengan bestie pun taktahu nak buat apa dekat "karnival" tu , punyalah sesak ramai dak-dak sekolah lain tambah-tambah lagi panas,aku laa jenis yang paling tak suka kalau pepanas. Niat nak cari dak-dak sekolah kite , batang hidung pun tak nampak. Jgn kata batang hidung bayang lagi tak nampak!

Yang paling aku suka lah dekat sana,uniform diorang pergh lawa gila ya amat, walaupun warna oren bukanlah fav colour aku tapi cukup cantik dipandang lagi-lagi dipadan dengan seluar or kain hitam. Seluar jenis diorang trend pak 'cikang' . haa maju! yang tak bestnya dekat sana sekolah tu ada elektronik kejadah apa semua tu. Eidakkk le teman nak masuk bidang tu , matematik pun mangko! tak sior teman! :3 Ingat nak beli badges IAM tu asal nak pergi je ada orang , orang tu bukannya sikit. Boleh buat rombongan. Takdak rezeki . asdfghjklll

Tapi jejaka-jejaka sekolah sana not bad~ hahaha. Aku bukan pi sana nak menggatai okayy. Aku pergi sana niat nak tengok apa ada , itu je. Sekadar cuci-cuci mata je tengok keindahaan ciptaan tuhan. keke. Orang tgh mood:keseorangan. So? . Bila pikir balik cam tak sabar je nak sekolah KV , tetiba semangat nak sekolah KV berkobar-kobar didalam dadaku. Tak ada sekelumit niat lain selain niat ingin menimba ilmu. Ayatss nerdssss gilessss. Insha Allah. The key to success is hard work and determination.
design by Wanaseoby