First Love
Dear girls,
posted by hdyh 23:39 0 comments

Assalamualaikum! :') kebetulan takde buat apa, aku nak share something yg aku baca dalam Majalah Nur. Yeah, majalah tu banyak share mende yang aku taktahu. Pasal kecantikkan dan banyak lagi!. Best. Ohya, aku ada baca satu artikel nie. 5 Kekuatan Wanita Jadi Senjata Syaitan , tertarik dgn ayat tu, terus aku baca. 
wanita diciptakan oleh Allah s.w.t dgn penuh kunikan , berbeza dan memiliki keistimewaan berkenaan sangat jelas berikutan terdapat 1 satu surah khas untuk mereka dalam Al-Quran iaitu An-Nisa.

Namun! di sebalik keistimewaan kita , ia menjadi senjata yang ampuh dan dasyat oleh syaitonnirojim untuk merosakkan dan melunturkan kehebatan iman insan yang bernama Lelaki . Serius , aku taktahu langsung senjata syaiton ada berkaitan dgn sifat wanita. Kitalah! . Ok let's continue reading..
ape menda kekuatan2 wanita yg dipergunakan syaitan untuk merosakkan iman seorang lelaki?!
 - Air Mata : air mata wanita adalah alat yg sering kali digunakan syaitan untk meluluhkan hati seseorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar prinsip-prinsip kehidupan. Umar bin Khattab R.A ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk Islam dan menjadi salah satu Khalifah terkuat pada masa kejayaan Islam di dunia. 

Selain tu, menangis adalah muara dari perasaan . Bila kita sedih gila , kita nangis. Bila kita over gembira pun boleh menangis. Sama jugak bila kita rasa marah sampai muka merah-merah! pun air mata boleh terkeluar. Kan? :) itu semua fitrah. Kalau menangis tidak tepat pada tempatnya , baik tidak disengajakan apatah lagi sengaja , ia menjdi senjata yg kuat bagi syaitan laknatullah!. Hati-hatinya adik-adik,kakak-kakak, mak cik-mak cik , jangan menangis tanpa sebab didepan lelaki. Ia mampu meluluhkan perasaan lelaki. Begitu jugak dgn kaum lelaki :) becarefull dgn sesetengah wanita yg suka mengalirkan air mata. Ada ke?? lol. 



- Berhias : well, dah jadi kebiasaan , kan? perempuan sangat suka berhias. Termasuklah aku~ yeah. Wanita suka pada kecantikkan dan keindahan. Haaa tapi! Syaitan gunakan tu untuk menarik perhatian pandangan dan nafsu lelaki. Contohnya, memakai wangian yang boleh menarik lagi tertarik dgn keharuman wangian yang dipakai oleh seseorang wanita. Ayah aku kata, perempuan tidak seharusnya memakai perfume or wangian2 yang mengeluarkan bau yang kuat dan membolehkan lelaki mencium baunya. Wanita itu dikira penZina. Allahualam. Setakat pakai sikit-sikit tu dah la, takyah ler bubuh banyak2. Bagi diri sendiri bau sudah. 


- Tutur Kata : suara wanita dan lelaki berbeza. Lainlah kalau yg pondan. Pftttt . Wanita/perempuan dikurniakan suara yang lebih lembut daripada lelaki. Kelembutan itulah yang digunakan oleh Syaitan sebagai senjata untuk memperdayakan lelaki. Ehem ehemm! tak semua perempuan suka tergedik-gedik , menggoda lelaki tetibe eh!. Tak semua yg macam tu. Apatah lagi suara yang dibuat manja-manja. Pergh lagi menarik nafsu seorang lelaki!. Astagfirullah . Wahai wanita , ibu , adik , kakak , kawan , mak cik? err berbicaralah dalam nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Bercakap bila perlu sahaja. Rasulullah S.A.W juga memerintahkan kita berbicara yang benar atau diam lebih elok. 

Islam , juga melindungi dan menghargai suara wanita sehingga ada kalangan ulama mengatakan bahawa nasyid wanita tidak elok didengari oleh lelaki. Kerana getaran suara mereka itu besar kemungkinan menimbulkan perasaan berbeza di hati lelaki. 

- Senyuman : senyuman seorang wanita paling disukai oleh syaitan . Halamak! ._. tapi kenapa? , kerana paling mudah digunakan untuk memperdayakan atau melemahkan lelaki . Lebih-lebih lagi senyuman tu dari seorang perempuan yang cantik lagi menawan. Heh , bila aku senyum mamat bangla pun tak pandang. *muntahpelangi* . Jadi bagi lelaki jaga pandangan awak awak tu okay? :') dan juga bagi perempuan tak kiralah dah berkahwin ke bertunang tgh in love ke , tetap kena jaga pandangan. Bahaya tau!

- Penampilan : haaa nie paling susah gila bagi aku nak hindari. Yelah kan, baju lagi tak mau ketat, seluar jgn cakap ah nak nampak bentuk. Tapi tu dkt dlm rumah ah aku sllu pakai. Luar rumah , mau kena tali pinggang hitam ayah aku! 10 tahun duk dalam wad/tipu// . Wanita suka dgn berfesyen. Tapi kalau nak berfesyen jangan lah over sgt. Baju jgn singkat sgt smpai nampk belkng awak tu. Seluar jgn lah ketat sgt sampai nampk kaki awak yg 'cantik' tu. Kalau boleh pakai ler skirt labuh. Lagi elok!. Sesuai sgt. Cantik lagi tu. Bagi wanita yang bertudung , sanggul tu takpayah buat tinggi-tinggi. Takod pge jejalan nnti pusing sana , terlanggo muka org , pusing sini terlanggo kipas. Haa malu tak sudah.

Perempuan diwajibkan jaga penampilan diri. Jaga aurat masing-masing. Jangan dibagi kaum lelaki tengok. Berdosa. Apabila pakai tudung sewajibnya kita tutup dada. Buat apa ditunjuk? Please jadi perempuan yang mahal. Allah s.w.t suruh wanita-wanita islam menutup aurat. Supaya kita tak kena diazab api neraka kelak. Takutlah kepada Allah.

Aku bukan paksa kau buat semua nie. Aku nak kau orang tahu :) nak share sesuatu yang kita taktahu. Sebab tak semua perempuan dilahirkan sempurna. Hati kena tabah. Tawakal & berdoa. Bye^^v 
Aku? Berubah? Ada sebab.
posted by hdyh 14:00 0 comments
 

Assalamualaikum & hai :) ok dah abeh dah berHiatus. lulz . Tak lama pun , tu pun masa sekolah je. Ok, rasa terasa pulak bila kawan aku cakap aku dah lain. What do you mean? ._. 'lain' yg macam mana? Gedik? lol. Sikit ah tu pun dgn geng aku ja. Dgn kawan kawan lain biasa biasa je.. Obvious sgt ke? Sampai cakap aku nie berubah? :'/

"aku tgk dia dah brubah, suka bersendirian blablabla *takingat* "

Tu apa yg aku dengar dari bestie aku lah. Boleh pulak bestie aku ckp aku nie Sellfish? what the hell? Mana ada aku sellfish. Aku cumaaa , aku nie umm lain sikit. Aku tak suka kalau orang care sgt pasal aku. Aku akan jadi rimas. Dan rasa nak berjauhan dengan kawan aku(yg ckp aku dh brubh) . Takdelah, entah aku suka buat hal aku sendiri. Hal aku, masalah aku, thats my bisness :) . Mmg lah aku ada ngadu mcm-mcm dkt kawan aku tu ,tapi bukan masalah keluarga aku. Masalah perasaan aku je. 

Setiap kali aku tak bawak duit ke sekolah. Dia bagi aku singgit, bukan selalulah. Tapi aku nie jenis lupa bawak duit belanja. Dia tu baik sgt. So, aku rasa nak bezakan aku dgn dia an, bukan aku nak kata dia tu lebih susah dari aku cuma dia lebih memerlukan duit tu dari bagi dekat aku. Dia anak yatim. Kekadang, aku kesian. Sebab tu aku taknak terima duit yg dia bagi dekat aku ,walaupun seringgit. Tapi .__. kekadangg aku ada jugak mintak singgit. Ngehngehngeh. Aku saje je, tapi betul betul dia bagi aku. Nak tak nak , rezeki jgn ditolak. Hoho. Masa tu aku rasa selesa lah kawan dgn dia. Baik & suka ceriakan org. 

Tapi lama-kelamaan , aku rasa tak selesa. Aku bukannya tak suka dia. Aku suka sgt kawan dgn dia. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Dia pendek hihihi. Dan chubby~. Comei ow. Tapi dia tu macam dia tu macam macam er macam terlalu baik! Sampai nak belanja aku beli buku sains prosesskil. Uish mahal tu, RM8.00 . Mahal lha kan? . Aku terfikir, serius ke dia nie?. So aku tolak. Aku taknak. Aku boleh beli. Dia fikir macam aku nie tak boleh beli, sebab aku tak mampu. Aku boleh beli sendiri :') Dia lebih memerlukan duit tu. Simpan lama-lama boleh tolong mak dia. Kan? :) dia baik sgt dgn aku. Semua benda dia nak tolong aku asalkan aku tak rasa susah. Aku tahu niat dia baik, ini Sellfish ke? :( Bye. xx
hiatus;;
posted by hdyh 22:28 0 comments

Assalamualaikum & hai. 
sebernanya aku pun taktahu nak update apa -_- tapi tapi tapi aku kena stop berblog untuk sementara waktu. Yela kan , aku kan busy. Dengan latih tubi nya lagi , dgn kelas tambahannya lagi dgn dgn dgn err dgn belaja tak henti-henti . tipu . Tapi takdelah sampai tak bukak langsung! Aku ada lah bukak , check cbox tgk ada org sruh followback ke tak , berblogwalking sikit , terjah blog org lain . Haa lebih kureng macam tu lah. Ok bye 
Yoo~
posted by hdyh 12:48 0 comments

Assalamualaikum & hai diary. Kejapnya masa berlalu kan? :') Bulan depan dah bulan 5. Hee ada speciall day. Mua ha ha ha. Dan bulan tu jugaklah cabaran murid tingkatan 3 bermula , entahlah ada ape mende tah. Aku pun dah lupa apa pengetua bagitahu masa Perhimpunan. Ish deme duk baling baling batu , canne aih nak tumpu perhatian. So aku pun join sekaki. Haa budak baik nie. Ceh -.-t

Dan dan dan dan! bulan tu jugaklah ada someone akan tinggalkan sekolah aku :'( O-em-ji rasa cam kejapnya. Cee bagi masa skit. Sikit je :'( . Arghh, sedihnya. Someone tu sape? adalahh :p werk. Haha
Maybe lah . Dia tu cakap cam kelingg sikit kejap bulan 3 lah , tapi tak blah lagi. Errr -.- Oklah takde mende dah aku nak story lagi , memandang kan aku dah lama tak update :D bye diary.

design by Wanaseoby